Hadis 40:01 – Kepentingan Niat

Amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
HADIS IMAM NAWAWI 01

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya.”

[Riwayat Muslim (1907)] [Riwayat Abu Daud (2201)]
[Riwayat al-Tirmizi (1646)] [Riwayat Ibn Majah (4227)]

Sebab Keluar Hadis ini:

Iaitu: ada seseorang yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang bernama : “Ummu Qais” bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka orang itu kemudian dikenal dengan sebutan “Muhajir Ummi Qais” (Orang yang berhijrah kerana Ummu Qais).

Kenapa niat penting:

Untuk membezakan ibadat dengan adat. Selain itu, untuk tentukan qasad amal; adakah untuk Allah atau lainnya?

Kalam Ilahi (Surah Ghafir ayat-9):

وَقِهِمُ السَّيِّاٰتِ ؕ وَمَنۡ تَقِ السَّيِّاٰتِ يَوۡمَٮِٕذٍ فَقَدۡ رَحِمۡتَهٗ ؕ وَذٰ لِكَ هُوَ الۡفَوۡزُ الۡعَظِيۡمُ

“dan peliharalah mereka dari (bencana) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (bencana) kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung.”

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top