Hadis 40:02 – Iman, Islam dan Ehsan

Daripada hadis ini dapat difahami bahawa “Islam” dan “iman” ialah dua hal yang berbeza, baik secara bahasa mahupun syariat.
Hadis 4002 – Iman Islam dan Ehsan

Daripada Umar RA berkata yang maksudnya: “Pada suatu hari ketika kami sedang duduk di dalam satu majlis bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba tampillah di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tidak seorang pun antara kami yang mengenalinya. Lalu duduklah dia di hadapan Nabi, kemudian menyandarkan lututnya pada lutut Nabi dan meletakkan tangannya di atas paha Nabi. Selanjutnya dia berkata: ‘Hai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam! Rasulullah SAW menjawab Islam itu, engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, dan menunaikan haji jika engkau mampu melakukannya. Orang itu berkata: ‘Engkau benar.’ Kami pun berasa hairan, kerana dia bertanya lalu membenarkan. Orang itu berkata lagi: ‘Beritahukan kepadaku tentang iman!”

Nabi menjawab: ‘Engkau beriman kepada Allah, kepada para malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya, kepada utusan-utusan-Nya, kepada hari kiamat, dan kepada takdir, yang baik mahupun yang buruk.’ Berkatalah orang tadi: ‘Engkau benar:’ Orang itu berkata lagi: ‘Beritahukan kepadaku tentang ihsan.’ Nabi berkata: ‘Engkau beribadah kepada Allah, seakan-akan engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu.’ Orang itu berkata lagi: ‘Beritahukan kepadaku tentang kiamat.’ Nabi menjawab: ‘Orang yang ditanya tentang itu tidak lebih tahu daripada yang bertanya.’ Selanjutnya orang itu berkata lagi: ‘Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya.’ Nabi menjawab: Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan. Kemudian orang tersebut pun beredar tetapi aku masih diam tercengang (beberapa lama). Kemudian Nabi SAW bersabda (kepadaku): Wahai Umar, tahukah engkau siapakah yang bertanya itu?’ Aku menjawab: ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’ Nabi SAW berkata: ‘Dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu.”

Huraian

1) Kedudukan hadis ini – ibu kepada hadis-hadis lain. mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.
2) Islam – terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
3) Iman – asal iman/ iman dan islam/ qaul – amal juga sebahagian dari iman. hadis Imatotul atza – tolak pendapat Al Murji’ah. iman kepada qadho’ dan qadar………..
4) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) :
– rupa asal – 2 kali
– tahun ketiga dilantik menjadi rasul
– di langit – semasa isra’ dan mi’raj
– mempunyai enam ratus sayap.

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top