Imam Al-Nawawi Hadis 40:03 – Rukun Islam Yang Lima

Islam adalah iman dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman. Demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.
Hadis 3 – Rukun Islam Yang Lima

Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab RA berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Islam didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad ialah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.”

[Riwayat al-Bukhari no. 8 & Muslim no. 16]

Pengajaran:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang berdiri tegak dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top