Qunut Nazilah – Doa Musibah dan Bencana untuk Muslim

Ini berdasarkan kepada satu peristiwa yang pernah berlaku pada sahabat 70 orang sahabat Nabi SAW yang dibunuh di telaga Ma’unah. ketika mereka diutuskan oleh Baginda untuk menyampaikan dakwah. Lalu Nabi membaca qunut dalam solat Subuh selama 30 hari iaitu sebulan.
Qunut-Nazilah-Versi-Johor

SUSULAN insiden serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, Palestin, pihak masjid di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi kesejahteraan dan keselamatan saudara seagama kita.

Antara pihak yang menyeru berbuat demikian termasuklah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Dalam surat pekeliling bertarikh 11hb Oktober 2023, JAIJ menggesa masjid, surau Jumaat dan surau di bawah seliaannya untuk melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat untuk keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di bumi Palestin.

Qunut Nazilah juga disunatkan untuk dibaca secara jelas (jahar) dan disunatkan untuk mengangkat tangan. Ia dibaca pada rakaat terakhir solat fardu setelah bangun daripada rukuk.

Sejak hari Sabtu (7hb Oktober 2023) yang lalu, pejuang dari organisasi Hamas telah memulakan serangan terhadap beberapa bandar di Israel. Ini berlaku sebagai respons terhadap peningkatan serangan yang dilakukan oleh tentera Israel di Masjid al-Aqsa baru-baru ini.

Israel kini mengalami hujan serangan roket yang datang dari Semenanjung Gaza. Kejadian seperti ini merupakan suatu situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, serangan ini adalah serangan terbesar yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel sejak Mesir dan Syria melakukan serangan mengejut dengan tujuan untuk mendapatkan kembali wilayah yang telah hilang dalam perang Yom Kippur, yang berlaku 50 tahun yang lalu.

Berikut adalah doanya dalam bentuk image, moga bermanfaat.

Qunut Nazilah Johor Mod

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top