eKasih: Daftar, Semak dan Kelebihan

Cara Semak status eKasih anda

Klik eKASIH ANDA DISINI

Apa itu eKasih?

eKasih bukanlah program tetapi merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih ini akan digunakan oleh kementerian dan agensi kerajaan untuk memberikan bantuan melalui program-program pemberian bantuan kemiskinan.

Sistem pangkalan data e-Kasih merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia. Ia menghimpunkan maklumat mengenai keadaan kemiskinan sebagai satu sistem bersepadu untuk isi rumah yang berpendapatan rendah.

Ciri-ciri eKasih?

Ciri-ciri eKasih termasuk penyelarasan maklumat tentang bantuan kemiskinan, pengemaskinian maklumat kemiskinan secara dalam talian, pengiraan status kemiskinan (sama ada miskin atau miskin tegar) secara automatik berdasarkan pendapatan garis kemiskinan semasa dan kemiskinan per kapita. Ia juga boleh menjana laporan dan statistik tentang kemiskinan isi rumah, pemetaan kemiskinan dan pemantauan kemiskinan.

Syarat Kelayakan

Menurut maklumat dari Portal Rasmi e-Kasih, semua Ketua Isi Rumah yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan untuk kawasan bandar atau RM1,000 sebulan untuk kawasan luar bandar digalakkan untuk mendaftar dalam sistem e-Kasih. Syarat kelayakan ialah mempunyai pendapatan yang sama dengan garis kemiskinan semasa.

Syarat-syarat kelayakan lain adalah seperti berikut:

  1. Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Warganegara.
  3. Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.

Panduan Pendaftaran eKasih 2023

Individu yang ingin mendaftar boleh datang ke Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berhampiran. Mereka juga boleh membuat panggilan telefon, menghantar surat atau e-mel rasmi, atau membuat laporan melalui ahli-ahli Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung atau Majlis Perwakilan Penduduk.

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Dokumen dan Maklumat Yang Diperlukan

Untuk memohon eKasih, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu:

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Boleh Hubungi ICU JPM atau Pejabat Daerah

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top