Johor Kekal 5 Tahun. Masa untuk bekerja!

Alhamdulillah! Kerajaan Perpaduan kekal 5 tahun!

Dalam kesibukan harian, sempat saya menyiapkan tiga landing-page untuk promosikan calon-calon kerajaan perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Johor kali ini. Masing-masing page memperkenalkan calon dan satu lagi “nak undi siapa?” page untuk pengundi yang masih pening untuk undi siapa. Walaupun tidak berapa nampak akan impak di sesetengah orang, tapi secara analyticnya sangat-sangat berkesan apabila pengundi ingin membuat carian atau utk membuat due-diligence di search engine.

  1. https://indraputra.ai/nak-undi-siapa-prk-pulai-simpang-jeram/
  2. https://indraputra.ai/maklumat-prk-parlimen-pulai/
  3. https://indraputra.ai/maklumat-prk-simpang-jeram/

Di sini juga saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Johor khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram kerana berjaya memilih dan memberikan kepercayaan kepada calon-calon Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan-Barisan Nasional dalam PRK kali ini. Saudara Suhaizan Kayat dipilih sebagai Ahli Parlimen Pulai manakala Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman dipilih sebagai Adun Simpang Jeram. Berikut adalah keputusan rasmi bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz atas usaha gigih mereka menggerakkan seluruh jentera BN selama lebih 2 minggu untuk memastikan kemenangan calon-calon Kerajaan Perpaduan (PH-BN).

Tahniah juga kepada Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros atas kejayaannya dalam menggerakkan jentera pemuda di dua kerusi ini. Keupayaannya dalam memimpin dan menyatukan pemuda-pemuda di UMNO Johor adalah suatu kebanggaan bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada rakyat Johor. Beliau telah membuktikan bahawa beliau mempunyai kepimpinan yang kuat dan boleh dipercayai dalam membawa perubahan yang positif di dalam parti.

Tahniah dan terima kasih di atas usaha penat lelah kepada jentera UMNO Bahagian Pasir Gudang dalam memastikan kemenangan Parlimen Pulai pada kali ini. Ketiga-tiga PDM yang kita jaga ini, semua kita menang!

Penting selepas ini kita terus bekerjasama dalam kerajaan perpaduan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan membawa Johor ke tahap pembangunan yang lebih tinggi.

Saya juga bersyukur kepada Allah atas kemenangan ini.

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top