Presiden UMNO “Lepas Tanpa Bebas”

Pasukan peguam Ahmad Zahid juga mengulangi kenyataan bahawa kes ini adalah pendakwaan politik.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros mendakwa tuduhan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan cubaan untuk menjatuhkan UMNO sebagai sebuah institusi melalui salah guna badan kehakiman. Beliau berkata keputusan pihak pendakwaan untuk tidak meneruskan prosiding dengan mengemukakan 11 hujah menunjukkan tuduhan terhadap Ahmad Zahid bersifat politik.

Noor Azleen berkata pemuda UMNO Johor mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang “melepas tanpa membebaskan” Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan. Noor Azleen Ambros yang juga sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berharap wibawa, imej dan kredibiliti UMNO yang diketuai Ahmad Zahid akan menjadi lebih baik untuk memastikan UMNO dapat menawan minda dan hati orang Melayu.

Sebelumnya, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi setelah Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini. Pasukan peguam Ahmad Zahid juga mengulangi kenyataan bahawa kes ini adalah pendakwaan politik.

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top