PULAI & SIMPANG JERAM : HALANG ANASIR LUAR

Pulai & Simpang Jeram lebih besar daripada soal PH-BN lawan PN

Ketua Pemuda UMNO Johor, Azleen Ambros menyatakan bahawa pertaruhan yang sebenar dalam PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram bukanlah soal pertembungan antara PH-BN dengan PN. Sebaliknya, ini adalah pertembungan antara Johor dengan unsur-unsur luar negeri.

Dalam PRK ini, banyak pencatur politik dari seluruh negara telah diterbangkan ke Johor, terutamanya dari utara dan timur Semenanjung Malaysia. Mereka semua tidak dapat menyembunyikan hasrat mereka untuk campur tangan dalam hal ehwal Johor di selatan.

Walaupun ada gelombang perubahan yang dirasai, gelombang yang dibawa oleh unsur-unsur luar ini sebenarnya bertujuan untuk merosakkan negeri Johor dengan membawa nilai-nilai yang bertentangan dengan prinsip Johor Darul Ta’zim. Unsur-unsur luar ini juga bertentangan dengan nilai-nilai Bangsa Johor sebagai masyarakat yang muafakat dan bersatu padu.

Dalam keadaan yang getir ini, Azleen Ambros yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang menyeru agar semua pihak menepis sementara rasa sentimen masing-masing. Ada ancaman lebih besar iaitu campurtangan unsur-unsur luar yang boleh memecahbelahkan rakyat Johor. Oleh itu, rakyat Johor lebih memilih perpaduan, wawasan dan kemakmuran berbanding perpecahan.

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top