Temubual Eksklusif Bersama Ayah Amizar

Sebagai anak tempatan, apa saja pertolongan yang diminta InsyaAllah kita tolong sedaya upaya. Jangan hampakan hati rakyat setempat.
Keperibadian Calon

Dato’ Amizar bin Abu Adam merupakan anak yang ketiga. Setakat saya umur 74 tahun dia umur 50 tahun, saya tak pernah tengok lagi dia betul-betul marah. Seorang yang penyabar.

Suka bercampur dengan orang ramai. Tidak kekok bersama orang ramai kerana dari kecil saya ajar. Kami adakan Kembara Yassin setiap malam Jumaat. Jadi dia tak kekok bila bertemu orang dan berucap di hadapan.

Sumbangan & Kebajikan Calon

Di masjid surau dia pasangkan aircond. Sekolah agama yang takda PA system dia bantu.

Termasuk di KL pun dia buat. Dia tanya apa kekurangan di masjid, surau. Ceritakan. InsyaAllah dia bantu. Kata dia, “Abah, ada rezeki abah. Kita buat”. Dia pasang aircond.

Masa bulan puasa, kita selalu buat makan untuk berbuka.

Pesanan Ayah kepada Anak

Pertama hormat orang tua.

Keduanya, apa yang diamanahkan, kita buat betul-betul beramanah. Jangan depan orang kita amanah, belakang orang kita memanah. Tak boleh!

Kita jaga hati rakyat. Sebab rakyat kita jadi macam tu. Kalau takde rakyat mengundi, kita tak jadi YB YAB.

Sebagai anak tempatan, apa saja pertolongan yang diminta InsyaAllah kita tolong sedaya upaya. Jangan hampakan hati rakyat setempat.

Abu Adam
Ayah Calon BN iaitu Dato Amizar Abu Adam

Pautan Video Temubual Ayah Amizar:

Temubual Eksklusif Bersama Ayah Amizar di TikTok

Temubual Eksklusif Bersama Ayah Amizar fb watch

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top