Program Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf Bagi Majlis Bacaan Doa Selamat Sempena Maulidur Rasul 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya, Indraputra Bin Hj Ibrahim selaku Ketua Kampung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg Baru Masai, ingin menjemput Tuan/Puan ke acara anjuran kami yang akan diadakan dalam masa terdekat iaitu pada 29hb Oktober 2023(AHAD). Pada tahun ini, kami merancang untuk mengadakan Program Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf Bagi Majlis Bacaan Doa Selamat Sempena Maulidur Rasul 2023. Kami percaya bahawa kehadiran Tuan/Puan akan menambah seri dan meramaikan majlis kami.

Majlis ini akan diadakan pada jam 6.00 petang di Medan Selera Laman Hijau, Bandar Seri Alam. Serahan sumbangan ini adalah daripada peniaga-peniaga Laman Hijau serta penduduk setempat yang dengan ikhlas ingin membantu golongan asnaf, termasuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di sekitar Kampung Baru Masai.

Selain itu, kami juga akan mengadakan majlis doa selamat secara dalaman bersama anak-anak yatim untuk memberkati majlis ini. Kami yakin bahawa dengan doa dan sumbangan yang ikhlas, kita semua dapat membantu mereka yang memerlukan di sekitar kita.

Kami mengharapkan kehadiran Tuan/Puan untuk memberikan sokongan dan semangat kepada golongan yang memerlukan ini. Majlis ini juga menjadi platform untuk berbagi rezeki dan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Majlis ini tidak hanya merakam memori yang indah tetapi juga melahirkan makna yang mendalam tentang pentingnya membantu orang lain. Marilah kita bersama-sama menjadikan majlis ini satu kejayaan dan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Kg Baru Masai.

Terima kasih di atas sokongan dan komitmen Tuan/Puan. Kami sangat menghargai kehadiran Tuan/Puan dan mengharapkan untuk bertemu Tuan/Puan pada majlis ini.

Terima Kasih.

Yang Benar,
Indraputra Bin Hj Ibrahim
Ketua Kampung merangkap
Pengerusi JPKK Kg Baru Masai.

nota:
Sumbangan untuk anak-anak yatim dan asnaf bagi majlis ini, bolehlah disalurkan melalui akaun BANK ISLAM kami iaitu,
NAMA : JPKK KAMPUNG BARU MASAI
NO AKAUN : 01087010076058
(Tempoh akhir sumbangan adalah sehingga 29hb Oktober 2023)

More Posts

Hubungi Saya

Scroll to Top