Selawat Syifa’

Khasiat: Sebagai doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca pada air dan boleh dibuat minum.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمدٍ

طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَآئهَا

وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَآئِهَا

وَنُوْرِ الْأَبْصَارِ وَضِيَآئِهَا

وَعَلَى آلِهِ وَصحْبِهِ وَسَلِّمْ

Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammadin, thibbil qulubi wa dawa-iha, wa 'afiyatil abdani wa syifa-iha, wa nuril abshori wa dhiya-iha, wa'ala alihi wa shohbihi wa sallim.

Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Khasiat:
Sebagai doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca pada air dan boleh dibuat minum. Khasiat Selawat Syifa’ ini, apabila dibaca setiap hari, maka :
1. Kesihatan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi tenang.

Saya ingin berkongsi tentang sebuah amalan selawat yang saya amalkan semasa anak saya mengalami batuk yang agak teruk. Walaupun anak saya telah diberikan ubat, batuknya tidak juga mereda. Dia masih batuk walaupun sedang tidur. Batuknya berterusan dan kuat seolah-olah dia sesak nafas.

Apa yang saya lakukan adalah saya letakkan tapak tangan saya di atas dada anak saya, setiap kali dia batuk, saya akan membaca selawat syifa. Setelah selesai membaca satu kali selawat, saya akan meniup ke arah dada anak saya. Sambil saya meniup, saya juga akan mengusap dada anak saya.

Proses ini saya ulang-ulang selama banyak kali, mungkin lebih daripada 50 kali. Saya membaca selawat, meniup dan mengusap dada anak saya, dan kemudian mengulangi semula proses tersebut. Akhirnya, setelah sekitar setengah jam, Alhamdulillah, anak saya dapat tidur dan batuknya pun sudah tiada.
@tokai.official Syifa Doa Kesembuhan – Amalkan Ayat Sembuh dari Al-Quran. Islam mengajarkan doa syifa untuk kesembuhan. Amalkan ayat-ayat syifa dari Al-Quran dan berdoa untuk memohon kesembuhan kepada Allah. #solawat #selawat #syifa #shifa #doa ♬ original sound – Indraputra Ibrahim
An error occurred.
Scroll to Top