Selawat Tafrijiyyah

Selawat Tafrijiyyah juga dikenali sebagai Selawat Kamilah dan juga Selawat Nariyah. ia juga dipanggil dengan nama Selawat at-Tafrijiyah al-Qurthubiyyah. Ia adalah hasil dari nukilan tulisan Al-Imam Qurtubi.

،اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا

،كَامِلَةً وِسَلِّمْ سَلَامًا

،تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي

،تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ

،وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ

،وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ

،وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ

،وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ

،وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ

،بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم وَعَلَى اَلِهِ

،وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ

بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَك

Terjemahan:
Ya Allah, limpahkanlah rahmat,
dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW,
yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, 
terhapus segala kesusahan,
tertunai segala hajat,
tercapai segala keinginan,
dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan),
serta dicurahi hujan rahmat,
dengan berkat peribadinya yang mulia dan Rahmatilah ahli keluarga,
dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas,
sebanyak jumlah pengetahuan Mu.

Fadhilat:
Selawat Tafrijiyyah (hasil nukilan Al-Imam Qurtubi) yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.
Dikatakan selawat ini khusus kepada seseorang yang ingin memohon keluar dari segala kesusahan hidup, bala bencana, serta menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

@tokai.official Selawat Tafrijiyyah | Siapa Amal Bertalu-talu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari Masalah. Insya-Allah. Terjemahan: Ya Allah limpahkanlah selawat (rahmat) yang sempurna dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, yang menjadi sebab terungkai segala kebuntuan dan terbuka segala kesusahan serta ditunaikan segala hajat dan dipenuhi segala keperluan serta dikurniakan husnu khatimah dan dikurniakan limpahan rahmat dengan keberkatan sosok tubuh (kemuliaan) Baginda SAW dan seluruh ahli keluarga Baginda dan sahabatnya dalam setiap kerdipan mata dan nafas setiap makhluk Engkau miliki. #selawattafrijiyah #selawatkamilah #pembukarezeki #NabiSAW #amalan #selawat #selawatpembukarezeki ♬ original sound – TokAi – Indraputra Ibrahim
An error occurred.
Scroll to Top