Dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan 25 inisiatif tambahan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat Johor.
- Program Infaq Jumaat memperuntukkan sebanyak RM1.72 juta yang akan disalurkan kepada 132 masjid di Johor.
- Jualan Kasih Johor diperluaskan ke 252 lokasi bakal memberi manfaat kepada 1.3 juta rakyat dan 2,500 usahawan dengan peruntukan berjumlah RM13.7 juta.
- Agihan Bakul Makanan akan dilaksanakan di 56 DUN dengan peruntukan berjumlah RM5.88 juta.
- Bantuan Tunai One-Off Mahasiswa Anak Johor kepada 88,882 mahasiswa sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM17.78 juta.
- 2,000 Laptop Untuk Mahasiswa dengan peruntukan RM5 juta.
- Sumbangan Stationery Kit kepada 42,689 pelajar SPM dengan peruntukan RM853 ribu.
- Makanan Percuma Untuk Program Tuisyen SPM B40 melibatkan 15,874 pelajar dengan peruntukan RM3.33 juta.
- Bantuan Tunai One-Off Pelajar Tingkatan 6 & Asasi kepada 10,455 pelajar sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM2.2 juta.
- Agihan Bakul Kasih Deepavali 2025 kepada 48,300 keluarga India di seluruh Johor dengan peruntukan RM4.95 juta.
- Aktiviti Kemasyarakatan Kaum Cina dengan peruntukan RM2 juta.
- Bantuan Tunai One-Off pemandu e-hailing & p-hailing kepada 39,540 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM7.91 juta.
- Bantuan Tunai One-Off pemandu teksi kepada 2,870 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM574 ribu.
- Bantuan Tunai One-Off Veteran ATM & Pesara Polis kepada 24,711 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM4.94 juta.
- Bantuan Tunai One-Off Petani kepada 22,000 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM4.4 juta.
- Bantuan Tunai One-Off Nelayan kepada 6,629 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM1.32 juta.
- Bantuan Tunai One-Off Penternak kepada 5,732 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM1.14 juta.
- Bantuan Tunai One-Off Warga Emas penerima bantuan JKM kepada 17,702 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM3.54 juta.
- Bantuan Tunai One-Off Anak Yatim kepada 915 penerima sebanyak RM300 seorang dengan peruntukan berjumlah RM274 ribu.
- Bantuan kepada 34 Pusat Jagaan Anak Yatim dengan peruntukan beriumlah RM725 ribu.
- Bantuan Tunai One-Off pelatih PDK (OKU) kepada 2,631 penerima sebanyak RM300 seorang dengan peruntukan berjumlah RM789 ribu.
- Bantuan Tunai One-Off peserta PPR/RSK kepada 15,000 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM3 juta.
- Bantuan Tunai One-Off pekerja am pembersihan awam & sisa pepejal (SWM) warganegara Malaysia kepada 2,260 penerima sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan RM452 ribu.
- Program Jenguk Jiran iaitu bantuan tunai one-off RM200 kepada 560 penerima JKM di 56 DUN dengan peruntukan RM112 ribu.
- Skim Peralatan Perniagaan (SKIPP) melibatkan 150 wanita dengan peruntukan RM525 ribu.
- Penyediaan Khemah untuk usahawan mikro tambahan sebanyak 2,000 unit dengan peruntukan RM1 juta.