Program Infaq Jumaat Negeri Johor

Infak Jumaat. Peruntukan sebanyak satu poin tujuh satu enam juta untuk seratus tiga puluh dua masjid seluruh Johor.

Tok Ai - Indraputra Hj Ibrahim
indraputra
October 2, 2025

Alhamdulillah,

Dimaklumkan bahawa Program Infaq Jumaat Masjid & Surau Negeri Johor telah pun dilancarkan secara rasmi. Bermula pada 3 Oktober 2025, Jumaat ini.

Untuk 3 Oktober 2025 ini, masjid dan surau jumaat yang terlibat boleh dirujuk di sini.

Program ini bertujuan menggalakkan umat Islam menanam sifat murah hati, memperkukuh amal jariah serta menyuburkan budaya bersedekah di hari Jumaat yang mulia.

Program atas inisiatif & usaha dari Menteri Besar Johor, YAB Dato @onnhafiz & YB Tn HJ @mohdfaredmohdkhalid

Sabda Rasulullah SAW:

“Sedekah itu dapat memadamkan api kemurkaan Allah.” (HR Tirmizi)

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang pahala berterusan ini dengan menghulurkan sumbangan di masjid dan surau seluruh Negeri Johor setiap hari Jumaat.

Semoga setiap infaq kita menjadi bekal di akhirat dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Program Infaq Jumaat Negeri Johor3
Topik Berkaitan
#
When they are told, “Do not spread corruption in the land,” they reply, “We are only peacemakers!” Qur’an 2:11