Amalkan membaca selawat sebanyak yang boleh, kerana selawat yang dibaca banyak akan mendatangkan fadhilat yang besar.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Q.S. Al-Ahzab: 56)
Selawat Allah ke atas Muhammad,
Selawat salam dipohon lagi,
Selawat Allah ke atas Muhammad,
Selawat salam dipohon lagi.
Wahai Nabi, salam atasmu,
Wahai Rasul, salam atasmu,
Wahai kekasih, salam atasmu,
Selawat Allah ke atasmu.
Bulan purnama menyinari kita,
Hilang lenyap segala duka,
Indah menawan tak pernah dilihat,
Wajah gembira sepanjang hayat.
Kaulah matahari, kaulah bulan,
Kaulah cahaya mengatasi cahaya,
Kaulah rahsia hidup mulia,
Kaulah obor menyuluhi jiwa.
Wahai kekasihku, ya Muhammad,
Wahai pengantin memikat,
Wahai Nabi dijulang dipuja,
Wahai Imam 2 kiblat.
Bahagialah orang memandang wajahmu,
Wahai penghulu berketurunan mulia,
Kolam airmu sejuk jernih,
Tempat kami minum dihari akhir.
Allah mengetahui rahsia tersirat,
Dia memperkenan segala doa,
Wahai Tuhan Rahmatilah kami,
Dengan segala amalan soleh.
Selawat Allah ke atas Muhammad,
Sebanyak baris kertas ditulis,
Ahmad Muhammad petunjuk jalan,
Empunya wajah berseri menawan.
“Ya Allah, berikanlah rahmat, keselamatan, dan keberkahan kepadanya (Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi Wasallam)” – TAMAT