Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program kerajaan yang bertujuan untuk menempatkan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah (B40). Kediaman ini dikhususkan untuk keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. Bagi yang berpendapatan atas RM3,000 dinasihatkan untuk memohon kediaman Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ). Pemohon perlu mendaftar dahulu di dalam Sistem Perumahan […]

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program kerajaan yang bertujuan untuk menempatkan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah (B40).
Kediaman ini dikhususkan untuk keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. Bagi yang berpendapatan atas RM3,000 dinasihatkan untuk memohon kediaman Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
Pemohon perlu mendaftar dahulu di dalam Sistem Perumahan Johor (SPJ) di Laman Rasmi iaitu https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm
Selain itu, pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di bawah:
Didoakan kalian semua berusaha dan agar selamat berjaya!
Tips 1: Cuba minta surat sokongan daripada ADUN (Wakil Rakyat) atau Ketua Kampung kawasan masing-masing untuk permohonan PPR sebagai tambahan dokumen. Jika anda menetap di dalam daerah Johor Bahru, anda boleh rujuk senarai ketua kampung di sini:
– https://indraputra.ai/johor/#daerahjb
Tips 2: Jika anda tidak mempunyai slip gaji, usaha dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada ketua kampung anda.
Amaran: Borang ini akan berubah dari masa ke semasa tanpa notis.