Peranan Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung

Pegawai Daerah (DO)

Merupakan kakitangan tetap kerajaan negeri.

Pegawai Daerah dianggap sebagai wakil kepada raja kerana mereka adalah ketua utama bagi pentadbiran kerajaan di peringkat daerah.

Memastikan projek-projek atau program-program kerajaan berjalan dengan sempurna sesuai dengan peruntukan yang diberikan.

Pegawai Daerah juga merancang pembangunan daerah bersama wakil-wakil rakyat.

Penghulu

Berbeza dengan Ketua Kampung, Penghulu ialah kakitangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas.

Di sesebuah mukim, terdapat kompleks penghulu atau balai penghulu.

Menjadi ketua pentadbir di peringkat mukim dan bertanggung jawab di atas segala hal yang berkaitan dengan mukim.

Mengenalpasti, merancang, memantau dan melaksanakan projek-projek pembangunan yang berpotensi di dalam mukim.

Menjadi wakil kepada Pejabat Daerah di peringkat akar umbi.

Membantu menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul di dalam mukim.

Membantu untuk menjayakan majlis atau program serta sebarang acara yang diatur di peringkat daerah atau mukim.

Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan atau mana-mana mesyuarat yang diarahkan dari masa ke semasa.

Membantu serta manjalankan tugas yang diarahkan serta membuat penyiasatan dan laporan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pegawai Daerah atau Penolong-penolongnya.

Selain itu, penghulu harus memberi fokus pada aspek pembangunan, pentadbiran, keagamaan dan kebudayaan di peringkat mukim.

Ketua Kampung

Lebih mesra dipanggil “Tok“.

Ketua Kampung adalah pemimpin masyarakat yang perlu menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dibawah seliaan Penghulu Mukim dan Pegawai Daerah.

Ketua Kampung perlu mencadangkan projek-projek pembangunan untuk kampung kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah.

Ketua Kampung mesti memantau dan melaporkan status kemajuan projek-projek pembangunan dalam kampung kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah.

Ketua Kampung mesti bersedia berkhidmat kepada masyarakat dengan mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.

Ketua Kampung adalah bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang perlu melantik seramai sebelas orang ahli JPKK bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kearah mewujudkan kampung sejahtera.

Ketua Kampung berperanan sebagai penghubung diantara masyarakat dengan jabatan-jabatan lain.

Peranan Dan Fungsi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK)

JPKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program program atau projek-projek pembangunan di dalam kampung.

JPKK menentukan senarai keutamaan projek-projek pembangunan di dalam kampung.

JPKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.

JPKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program program dan projek-projek pembangunan di dalam kampung.

JPKK adalah sebagai mata dan telinga Kerajaan di peringkat kampung yang melaporkan segala musuh negara saperti anasir anasir komunis, subersif, anti-national, kemasukan pendatang haram, penyeludupan, kegiatan salah penggunaan dadah, kegiatan penyelewengan pengajaran agama Islam kepada pihak berkuasa atau Pegawai Daerah.

JPKK adalah sebagai badan perantaraan / perhubungan duahal di antara wakil-wakil rakyat dan pegawai Kerajaan dengan penduduk-penduduk kampung.

JPKK menjadi badan penggerak dan berkeupayaan mengembeling tenaga, sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.

JPKK hendaklah menyimpan segala rekod rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat di dalam kampung dengan mengadakan Bilik Gerakan Kampung yang dilengkapi dengan data, peta, carta dan lain lain mengenai kampung.

Scroll to Top