Nak kahwin di Johor? Ini panduan ringkas dan padat untuk mohon kebenaran nikah melalui SPPIM—dari isi Borang Nikah Online (BNO), ujian HIV, temu janji JAINJ, hingga senarai dokumen. Ikuti langkah di bawah supaya proses anda lancar.
Langkah-langkah Permohonan
Langkah 1: Isi BNO di SPPIM
- Layari sppim.gov.my dan daftar/ log masuk.
- Isi maklumat pasangan, wali (bagi perempuan), dan perincian perkahwinan.
- Cetak 2 salinan/set borang apabila siap.
Langkah 2: Hadiri Kursus Kahwin
- Daftar kursus kahwin Johor secara dalam talian.
- Simpan sijil kursus (sijil asal diperlukan semasa serahan).
Langkah 3: Ujian HIV
- Buat temu janji ujian HIV melalui aplikasi MySejahtera.
- Bawa borang ujian HIV (tertera dalam BNO yang dicetak).
- Catatan: Tanpa temu janji, anda mungkin perlu menunggu lama.
Langkah 4: Pengesahan Ketua Kampung
- Jumpa ketua kampung di kawasan tempat tinggal anda untuk:
- Pengesahan akuan bujang/duda/dara/janda.
- Pengesahan pemastautin (jika alamat IC berbeza dengan alamat tinggal).
- Bawa BNO dan dokumen sokongan (lihat senarai di bawah).
Langkah 5: Sediakan dan Cetak Dokumen
- Cetak 2 salinan semua dokumen yang diperlukan.
- Susun mengikut turutan untuk memudahkan semakan.
Langkah 6: Temu Janji Pejabat Agama
- Tempah slot melalui sistem JAINJ.
- Pilih tarikh dan masa yang sesuai.
- Simpan SLIP booking tersebut (skreenshot atau printout)
Langkah 7: Serahan Borang
- Hadir pada tarikh dan masa temu janji dengan semua dokumen dan salinan.
- Simpan bukti serahan dan rujukan pegawai.
Senarai Dokumen Diperlukan Bawa asal + 2 salinan setiap satu:
- Kad Pengenalan pemohon
- Kad Pengenalan pasangan
- Sijil Kursus Pra-Perkahwinan
- Bil utiliti (TNB/Air) untuk alamat semasa
- Untuk pengantin perempuan:
- Kad Pengenalan wali
- Sijil Lahir wali atau Sijil Nikah wali
- Borang Ujian HIV yang telah disahkan
- Borang Nikah Online (BNO) yang telah dicetak
*NOTA: Asingkan dokumen LELAKI dan PEREMPUAN. Jangan campurkan.
Pautan Rasmi
Tip Penting
- Buat temu janji HIV lebih awal untuk elak kelewatan.
- Pastikan nama dan nombor IC dalam BNO tepat 100%.
- Jika alamat IC berbeza, sediakan perjanjian sewa ATAU bil utiliti terkini sebagai bukti.
- Simpan semua dokumen dalam fail lutsinar mengikut urutan.
Soalan Lazim (FAQ)
-
Berapa lama proses kelulusan?
Bergantung pada cawangan, biasanya 1-2 hari bekerja selepas serahan lengkap.
-
Boleh guna wali hakim?
Ya, jika wali nasab tidak layak/hilang/enggan. Rujuk Pejabat Agama untuk prosedur.
-
Adakah ujian HIV wajib?
Ya, untuk kedua-dua pasangan.
-
Boleh mohon jika alamat IC luar Johor?
Boleh, tetapi pastikan pengesahan pemastautin di Johor dibuat (jika berkaitan) dan ikut arahan pejabat agama daerah.
-
Siapakah yang dapat pengecualian kursus kahwin?
a. Lelaki/Perempuan yang akan bernikah kembali dengan pasangan sama.
b. Janda kematian suami.
c. Duda kematian isteri.
d. Poligami.
e. Janda berumur 45 tahun ke atas.
f. Duda berumur 50 tahun ke atas.
g. Janda yang berumur 44 tahun ke bawah dan Duda umur 49 tahun kebawah yang bercerai hidup perlu kursus semula.
-
Adakah sijil kursus kahwin boleh digunakan untuk pernikahan kali kedua (cerai hidup) ?
Satu sijil hanya untuk sekali pernikahan sahaja. sekiranya cerai hidup perlu mengambil semula kursus kahwin. Pengecualian hanya diberikan mengikut had umur.
-
Bolehkah mengambil kursus kahwin awal walaupun tiada pasangan ?
Kursus kahwin dibolehkan ambil awal kerana sijil kursus sah untuk jangka masa lama iaitu 10 tahun dan pastikan anda simpan sijil tersebut dengan baik untuk mengelakkan sebarang kerosakan / hilang.
Penafian
Maklumat ini berdasarkan proses semasa di Johor. Rujuk SPPIM dan Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk sebarang perubahan terkini.
Last updated: September 2025.